BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~My Followers~

Tuesday, August 31, 2010

Hidup Umpama Roda...

Salam/salam sejahtera untuk semua..selamat berpuasa dan selamat hari raya yang akan menjelang tiba bagi mereka yang beragama Islam..Sudah ditakdirkan hidup manusia ini umpama roda, ada kala kita berada di atas dan ada kalanya kita berada di bawah..Tika berada di bawah inilah, sangat menguji ketabahan dan kesabaran kita..Sekiranya kita dapat menempuhi semua dugaan yang berat dengan baik, tentunya dosa-dosa kecil kita akan dihapuskan oleh Allah..tetapi untuk menempuhinya bukan senang kita terpaksa berdepan dengan pelbagai kemungkinan..

Manusia ini terlalu kerdil di sisi Allah..hanya doa yang mampu dilafazkan, dengan harapan Allah dapat mendengar rintihan dan keluhan manusia. Bagi mereka yang telah berkahwin, alam rumahtangga tidak semudah difikirkan..pelbagai perkara yang tidak diduga boleh berlaku..Yang penting dugaan dan pancaroba ini diiringi dengan kekuatan dan kesabaran diri..Ya Allah, bantulah hambamu yang kerdil dan yang daif ini..Tunjukkan jalan kebenaran kepada hambaMu ini...Amin...

0 comments: