Saja ingin berkongsi pengalaman masa cuti sekolah baru2 ni..aku telah menghadiri satu majlis perkahwinan adik sepupu suami di kg Karamuak, Sandakan.ini adalah perkahwinan kaum Sungai, huhuhu sungguh mencabar perjalanan ke Kg tersebut kerana jalannya masih tidak bertar dan terletak di tengah2 hutan..dr simpang Telupid, perjalanannya mengambil masa lebih kurang tiga jam..Bayangkanlah, kg ni adalah kawasan pembalakan, jalanraya pun banyak dilalui oleh lori2 besar, yg sememangnya penyumbang besar kepada kerosakan jalanraya..Sesampai kami di Kg tersebut, kami disambut dgn amat baik oleh pihak pengantin lelaki.Dalam kg ni ada sekolah, klinik, gelanggang futsal, dan rmh2 di sini cantik2 juga..Bekalan genarator telah membolehkan penduduk kg boleh menikmati kemudahan elektrik dan astro..Ttpi tuan rumah di sini menggunakan genarator sendiri, taukeh kelapa sawit beb..Yang menariknya di kg ini, kami dikehendaki makan dgn mengelilingi dulang bulat..seronok dgn pengalaman baru ini..
kek lava berhantu ?
6 years ago
0 comments:
Post a Comment