BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~My Followers~

Wednesday, March 31, 2010

Cake For Sarima




Inilah projekku pagi tadi, kek koktail buah-buahan untuk cikgu sarima..risau juga masa dia tempah kek ni sbb takut bahan tidak cukup..ttpi nasib baik sesampai di rumah i dapati bahannya masih ada, klu tidak kempunan dia yg mcm org mengidam teringin sangat makan kek ni..huhuhu..Atas kek tu aku hias dgn buah peach, anggur, ceri dan diletakkan mango filling..harap kek ini sedaplah..hehehe

Monday, March 29, 2010

Birthday Cake for Ain's hubby





Ini adalah projek petang tadi..kek utk husbnd ain..kek ini seberat 2kg dan rasanya lebih daripada cukup utk makan2 di rumah mereka tu..Aku perlu hantar kek ni..huhuhu, jauhnya tu..ttpi inda apa ada hubbyku yg driverkan..aku jadi peneman dia di kereta ja lah..

Kek makan2 untuk kak Nancy



Kek ini (chilled oreo cheese cake) lama sudah kak nancy tempah, ttpi oleh kerana penempahnya bagitau bila2 ja..so akupun, menangguh-nangguhkannya..hehehe..aku mengutamakan tempahan yang ingin cepat punya..anyway sorilah kak ya...jangan mare..

Saturday, March 27, 2010

Cream Cheese Cake

Salam/ salam sejahtera..jum berkongsi resepi di sini esp kwn2 yg suka memasak kek...

Cream Cheese Cake

Bahan-bahan span cake

250gm span mix
4 biji telur saiz A
sedikit esen vanilla
50ml air
50gm mentega

Bahan-bahan cream cheese

250gm krim keju
susu pekat secukup rasa
parutan cheddar cheese

Cara:
Span Cake
Pukul tepung span mix + telur + air...sehingga kembang (lebih kurang 7 minit dalam kelajuan yang sederhana)
Masukkan mentega cair dan esen vanilla, putar sekejap...bakar..

Cream Cheese
Putar cream keju dengan susu pekat..jumlah susu bergantung pada cita rasa masing2.
Sapu pada kek span (letak sebagai filling juga?
Tabur dgn parutan cheddar...siap utk dihidang..

Friday, March 26, 2010

Kek For Uncle



Kebanyakan yg order kek, suka jenis ni..dan ini adalah projekku kelmarin..uncle kpd hsbnd birthday..Rumahnya dekat ja, sama taman perumahan dengan kami..Anti yg awal2 lagi request kek ni..hehehe..Saya gabungkan color yg lembut di sini..

Thursday, March 25, 2010

DariNya kita datang dariNya kita Pergi..

Salam saja berkongsi cerita yang yg menyedihkan ini...Baru sampi dari mengambil anakku, Shakir di sekolah..Aku amat terkejut dengan berita kematian bapa kepada kawan baiknya meninggal dunia akibat kanser..Sejak tahun 1, mereka diletakkan dalam kelas yang sama.. Selain itu, Shakir selalu tumpang di rumah diorg apabila dia ada tuition pada waktu malam..Bapa dia ni, selalu belanja mereka makan..selain itu, dia pernah datang rumah menghantar anak masa birthday anakku Shakir tahun lepas..Kelihatan sihat, tak sangka sebenarnya dia bertarung dgn sakit kanser..Dia menghembuskan nafas terakhir di QEH, pada 24hb Mac 2010..Semoga rohnya tergolong dalam golongan yang dikasihi Allah...Al Fatihah untuknya..Kami sekeluarga turut bersimpati..Oleh itu, kita yang masih hidup kena beringat bahawa pada bila2 masa kita akan pergi, kerana semuanya ditentukan oleh Allah yang Esa...

JASAMU TETAP KAMI KENANG SELAMA-LAMANYA...

Tuesday, March 23, 2010

Kelas Kek Untuk Family




Pada cuti sekolah baru2 ni, ketika aku balik KG (Kundasang), kakakku ujie minta aku ajarkan sedikit ttg frosting fresh cream and decoration..So, akupun inda smpai hati menurunkan ilmu setakat yg aku tahu itu..Kelas dimulakan dgn melepa terlebih dahulu kemudian diikuti dgn decoration asas..ttpikan semakin lama semakin ramai pula pelajar yg ikut..kakak2 yg lain dan ank2 buahpun ikut..Entah apa2 sudah kesudahan kek tersebut..lagi satu, lain yg disuruh buat, lain pula yg mereka buat, smpai ada pelajar yg pakai topi birtday budak2..hehehe..susahlah mau ajar kalau famili sendiri ni, degil betul..suruh buat bentuk siput, diorg buat bentuk ulat gonggok..hehehe

Birthday cake for Sobina and Yanti



..
Tempahan kek ini dari Sobina dan Yanti, guru di SK Kundasang, Ranau..Lucu juga masa dapat tempahan ini, sebab kek ini mereka tempahn utk diri sendiri..lihat saja atas kek, tulisannya birthday utk diri sendiri, kata mereka tidak ada yg akan beli kek utk harijadi mereka, so mereka pun tempah untuk diri sendiri..hehehe..agak sukar masa buat tulisan atas kek,sbb parutan cheddar yg mereka request tu mengganggu ketika proses menulis perkataan..apa pun tq friends for these order..

Perkahwinan Sepupu Suami





Saja ingin berkongsi pengalaman masa cuti sekolah baru2 ni..aku telah menghadiri satu majlis perkahwinan adik sepupu suami di kg Karamuak, Sandakan.ini adalah perkahwinan kaum Sungai, huhuhu sungguh mencabar perjalanan ke Kg tersebut kerana jalannya masih tidak bertar dan terletak di tengah2 hutan..dr simpang Telupid, perjalanannya mengambil masa lebih kurang tiga jam..Bayangkanlah, kg ni adalah kawasan pembalakan, jalanraya pun banyak dilalui oleh lori2 besar, yg sememangnya penyumbang besar kepada kerosakan jalanraya..Sesampai kami di Kg tersebut, kami disambut dgn amat baik oleh pihak pengantin lelaki.Dalam kg ni ada sekolah, klinik, gelanggang futsal, dan rmh2 di sini cantik2 juga..Bekalan genarator telah membolehkan penduduk kg boleh menikmati kemudahan elektrik dan astro..Ttpi tuan rumah di sini menggunakan genarator sendiri, taukeh kelapa sawit beb..Yang menariknya di kg ini, kami dikehendaki makan dgn mengelilingi dulang bulat..seronok dgn pengalaman baru ini..

Monday, March 22, 2010

Tom & Jerry Cake



Kek ini tempahan dari kakak ipar utk anak buahnya mimi yg minat sangat minat dgn tom and jerry ni..request drnya butter cake with fresh cream..agak susah buat outline cartoon tom & jerry ni klu kecil, walaupun susah ttpi akhirnya berjaya juga..lega betul rasanya selepas semuanya selesai, ttpikan yg tdk syoknya masa pindahkan cartoon tu berlaku sedikit kemalangan,ada jari tertekan bahagian atas cartoon...huhuhu..walau bagaimanapun aku dpt dgr cerita, oleh kerana terlalu sayang dgn gmbr cartoon tu, berhari-hari baru mereka sanggup makan bahagian cartoon tu,hehehe..

Sunday, March 21, 2010

Kek Barbie Doll Pink





Kek Barbie Doll ni ditempah oleh kakakku, yam untuk anak perempuan bongsunya..Bahagian atas kek ni adalah kek Coklat moist manakala bawahnya kek Cream Cheese..Kek Barbie ni berkonsepkan taman..Tekejut anak buahku melihat keknya kek Barbie..

Kek Black Forest



Baru boleh upload gambar selepas balik kg dan sandakan...Kek ni, simple black forest khas utk anak buah ameng dan ally...masa buat kek ni, aku amat kelam kabut coz tetiba jak tempahan kakakku bertambah dan kena bawa balik kg cepat..huhuhu..kira tempahan last minitla..dia minta buat kek apa2 ja, oleh kerana bahan utk kek ni lengkap, so kek ni lah yg terhasil..masa makan anak buahku ameng, sangat suka kek ni..tq..ttpikan aku sangat tak puas hati dgn tulisan tu, kelam kabut punya pasal n nak repairpun dah takda masa, sehinggakan masa menulis ni, driver sudah horn2 dlm kereta..adeh, inda apa lah, yg penting rasanya sedap n utk anak buah juga..hehehe

Wednesday, March 17, 2010

Kek kartun Ben10



Kek ni sebenarnya hadiah utk harijadi kak...tidak logikkan dihadiahkan kek kartun..lucu betul, hehehe..sebenarnya, dia sendiri yg minta dibuatkan kek kartun coz anak bongsunya minta kek kartun..apapun yg penting boleh dimakan..Kek ni kek coklat with buttercream..

Monday, March 15, 2010

Kad Jemputan Perkahwinan Mazlan

Inilah kad jemputan perkahwinan kawan sekerjaku tu, Mazlan..Perkahwinannya ni bertemakan warna ungu, so kad, kek hantaran, pakaian, hiasan rumah pengantin, hiasan pelaminpun semuanya warna ungu..Mesti isteri lan tu suka ungukan..Design kad ini sungguh menarik, sejuk hati kalau membacakan kata2 dalam kad ini..
Sori lan, masa nikah aku tak dapat ikut rombongan sebb adik iparpun ada kenduri juga..bingung sekejap dibuatnya..yg penting aku datang juga ya lan, hari Ahad tu aku datang dgn hubby tau, ttpi masa tu pengantin lelaki belum sampai..Masa kami dah balik, kami berselisih pula dgn rombongan pengantin lelaki di tengah2 jalan kg rampayan yg sempit itu...huhuhu...nasib baik hubby terror drive, hehehe..Lastly lan, selamat pengantin baru, semoga bahagia hingga akhir hayat dan dikurniakan baby cepat2...ttpi, jgn lupa pertandingan bowling ya....

Cake For Mazlan's wedding








Tempahan ini dari workmateku, lan sempena perkahwinannya, sebagai kek hantaran..Ini adalah kek Carrot..Yang gambar atas sekali tu kek seberat 1kg hnya utk makan2 org di rmhnya, manakala yg bawah tu kek hantaran seberat 2kg..Dia berkahwin dgn org Kg Rampayan, Menggatal..Masa aku hantar kek ni, lan tak ada di rumah, yang ada hanya keluarganya yg datang dari Johor..Apala lan, rombongan akan jalan dalam jam 11.30, ttpi jam 10 lebih masih lagi sempat berjalan ke Ip..Pengantin moden lah katakan..hehehe..



Sunday, March 14, 2010

Pink Colour birthday cake





Pink tu menandakan birthday girl..Semua orang tau..hehehe..ini durian cake 2 kg utk birthday anak jiran, filling guna puri durian dan topping dan deconya fresh cream...2 kali mencari durian baru jumpa..akhirnya, dapat di tepi jalan kg Kalansanan, Inanan..huhuhu, nasib baik..Banyak cerita masa buat kek ni, terlalu sibuk dgn mcm2 hal sampai buatnya sikit2..hehehe, yg penting siap sebelum majlisnya..

Coklat Ganache for Pyda



Kek ini order drpd Pyda, pelajar perubatan ums..utk perpisahan beberapa orang kawan katanya..Berat kek ni 2kg...sesiapa yg suka sangat makan coklat tu, kek jenis ini mmg sesuai, sebb bunganya pun mmg coklat..tq dik for your order. Mereka buat majlis tu di rumah kawannya di Taman Indah Permai..Aku senang ja cari rumahnya, sbb sya sudah mahir jalan2 di IP ni..

Saturday, March 13, 2010

lagi Kek kenduri berkhatan dan khatam quran...

Kek ini juga tempahan untuk kenduri berkhatan dan khatam quran juga, ttpi yg ni kek cream cheese cake..Gambar ini diambil masa kek baru keluar dari peti ais, jadi kelihatan kabur di dalam bekas kek tu..tq for your order ya..

Kek kenduri Berkhatan dan khatam quran

Kek ini pula tempahan dari adik ipar, atie sempena anak lelakinya yg satu2nya tu, khatam quran dan berkhatan...sambutannya amat meriah, lebih kurang mcm orang kahwin. ada berzanji, marhaban, merenjis dll..wow...semoga anaknya fizin menjadi anak yang baik..

Birthday Cake



Huhuhu...ini projek kekku last week..tempahan seseorang dari kundasang, inda tau nama pula..ini kes harijadi beramai-ramailah ni, hari jadi disambut sempena hari keluarga mereka..terima kasih atas tempahan ni...

Friday, March 5, 2010

Memanah...








Hari kedua selepas kursus ESQ abang sulungku, Joe meminta aku belanja main bowling dan memanah...Bowling aku yang menang, itu pun menang tipis ja, markah tidak sampai
pun 100 hehehe (sori tidak kena upload ya)..ttpi oleh kerana lawan dgn org yg baru first time bolehlah tunjuk hebat konon.. masa memanah, habis, abang joe hebat walaupun baru first time main..aku enth ke mana panah2ku, waduh malunya..yang penting gaya tu ada beb...Abang joe mmg hebatlah, mungkin pasal masa kecil2 dulu dia selalu melastik burung kan...hehehe


Kursus ESQ 165




Salam, dari 26-28 Februari 2010 yg lepas, saya bersama sebahagian besar keluarga saya menghadiri kursus yang berbentuk motivasi/kepimpinan dalam Islam yg dinama ESQ...Teruja sangat masa ikut kursus ini, walaupun bayaran boleh tahan ttpi amat berbaloi...Sepanjang berkursus, tangisan saja yang mengiringi diri..Saya disedarkan betapa kerdilnya diri ini di sisi Allah..Sangat banyak ilmu agama yang saya dapat..Terima kasih kepada mereka yang memperkenalkan ESQ ini kepadaku esp my nephew Ijul (dlm gambar yg tengah makan kek), Ajisah dan kakak2ku yg menjadi alumni ESQ angkatan 5 ini...ESQ akan datang akan dibuat pada 30hb April-2 Mei...tidak sabar mau jadi alumni pula masa ni..Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk diriku yang amat daif ini.. Amin..


Durian Cream Cake



Kek krim durian ini lama dah aku buat, ttpi baru upload di sini..hehehe.. kalau decorate guna fresh cream ni mmg cerewet, klu creamnya agak cair, mcm2 kejadian akan berlaku, abaikan segala kekurangan decoration aku ni ya..hehehehe...so kena ingat roslina, lain kali kena ambil cream sikit2 dr peti ais... Satu hal lagi, sepanjang buat kek jenis mcm2 jenis dah isi durian yg aku jumpa..ada yg keras, pahit, tawar dsb...so klu mau buat kek ni, sila pastikan isinya yg lembut dan rasanya yang manis..klu ada pahit sikit, masih ok juga lah, sebab masa buat puri duriannya, ada bahan2 yg akan menghilangkan rasa pahit itu... Sekarang ni harga durian mesti agak mahalkan, sbb bukan musimnya sekarang....huhuhu

Thursday, March 4, 2010

Chocolate Moist Cake







Inilah projek terkiniku, kek coklat moist untuk birthday husband adik Sophia yang sarat mengandung tu...Tq adik ya..Mcm2 kejadian masa buat kek ni, yang hiasan tu guna coklat ganache dan buttercream..Harap2 ok juga rasa kek ni..hehehe