BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~My Followers~

Wednesday, February 24, 2010

Gambar Semasa dan Selepas Kelas Bersama Sifu Nina







Inilah dia gambar masa kelas dan selepas kami hari itu...Seronok dengan kelas ni, yang penting minat beb...Tq sifu, janganla serik ajar kami ya...Semoga rezeki nina akan bertambah murah lepas ni...



Kelas Bersama Sifu Nina..Cartoon Artwork


Kelas seterusnya yang aku berpeluang belajar adalah birthday cake cartoon artwork..Banyak benda baru aku belajar masa kelas ni, gurunya pun sangat baik, dia akan suruh ulang balik kalau buat silap..hehehe..Kami kena suruh pilih jenis kartun, dgn tidak berfikir panjang aku terus pilih gambar naruto, maklumla anakkukan semua lelaki..hehehe
Mula2 kami diajar teknik melepa buttercream atas kek, selepas itu baru buat outline kartun sampailah terhasilnya kek ni..Petang tu, terus Syawal happy birthday, entah kali keberapa sudah dia birthday dalam bulan ini, sedang bulan okt baru birthday dia betul2...budaklah katakan...

Kelas Bersama Sifu Nina..Cup cake












Seminggu yang lepas, aku menghadiri kelas buat cup cake bersama Nina. Dia balik dari JB untuk ajar kami tau..beruntung berguru dgn org yg banyak pengalaman dalam bidang ni..Sebelum buat decoration atas cup cake kami kena ajar buat gumpaste dulu..mcm2 bentuk kami buat dan mcm2 kejadian lucu masa kelas ni..
Dalam kelas ni kami gunakan buttercream utk topping n gumpaste utk hiasan..anak saya suka sangat dgn cupcake dihiasi dgn gumpaste ni, selain cantik rasanya juga agak manis. Selama ini, aku beli di kedai ja gumpaste ni, ttpi kali ini berpeluang pula untuk belajar...lihatlah hasilku ini yg tidak seberapa ini..huhuhu



Kek Majlis Perpisahan dan Hari Lahir


Ini tempahan dari SK Kundasang..masa dapat tempahan ni, aku berfikir banyak kali, sbb dah la maidku cuti, tidak ada tempat membeli pula kotak kek ni, tahun baru cina la katakan, semua kedai bahan2 kek tutup..waduh3..ttpi akhirnya aku terima juga, sbb last year diorg pernah tempah 22 biji kek coklat moist..tqvm ya guru2 sk kundasang..
Banyak cabaran masa buat kek ni, banyak pembantu yg tidak diingini..hehehe...sudahlah tu, syawal pula beroperasi di atas sampaikan penutup saunaku rosak..adeh malang sungguh..selain itu, selepas siap kotak pula ada masalah terpaksala kami sambung2 kotak yang kecil...lucu betul..

Yam Cake for Yam


Ini adalah kek yg aku buat awal februari, khas utk kakakku, kak yam...masa sambutan birthday apek ari itu, aku buat lebih utknya..kira nak suprise dia malam tu, ttpi memandangkan tetiba dia mau pulang (tak jadi bermalam di rmh) maka semuanya terpaksa berubah, petang tu juga dia potong kek ni..happynya, dia bermalam terus apabila dia dapat kejutan hadiah kek...we love u kak..jadi pk kokum tu, kena banyak akt luar tau, so jaga la muka tu bagus2...hehehe

Hadiah Kek Untuk Anak















Inilah kejutan kek 3kg untuk anak keduaku, apek..tekejut dia apabila melihat mukanya atas kek...masa aku buat kek ni, dia di sekolah, so planning kejutanku kira menjadi la...Kek ni, cream cheese but i'm using fresh cream n buttercream to decorate it...Kek ini guna edible imej yg aku order khas dari KL..Edible imej ini boleh makan tau, tulah mgkn harganya tu mahal..Masa dia tiup lilin kek ni, adiknya Syawal bukan main menangis lagi, jeles dgn abangnya dapat kek yg ada muka sediri..Sabar Syawal akan tiba giliranmu nanti ya..lucu juga..



Tuesday, February 23, 2010

Kelas Steamed Buttercream dengan Tiqah


Beberapa minggu yang lalu aku telah menghadiri kelas steamed butter cream bersama cikgu Atiqah...Banyak yang sya dapat dalam kelas ni, tq cikgu tiqah kerana sabar dengan perangai murid yang satu ni yg kuat main ni..hehehe..Actually, dah lama ingin sangat belajar dgn dia ni ttpi memandangkan ada tugas2 yg lagi penting, maka keinginan itu terpaksa ditangguhkan berkali-kali..Yang penting tercapai juga niat utk belajar dgn dia ni..Masa ni belajar malam sampai tengah malam smpi mata kami letih kerana mengantuk...

Kek Cream Durian mali....



Ini pula kek cream durian yang menggunakan durian puri yang dimasak sebelum diletakkan sebagai filling pada kek..Many pupil ordered this type of cake last year, esp my workmate..tqvm my friends..Ttpi kalau bukan musim durian, tidak akan terhasillah kek jenis ni...huhuhu...

Fruit Cokctail Cake


Kek campuran buah-buahan aku buat beberapa bulan yang lepas. Ada kawan minta buat sempena birthdaynya sendiri..dia hadiahkan untuk dirinya sendiri..Masa ni aku buat lebih, bagi kawan2 makan juga...Deko aku letak buah peach, nenas n strewberry...

Monday, February 22, 2010

Kek Cream Cheese...antara kek terawal



Ini adalah jenis kek yang antara paling awal yang pernahku hasilkan..Resepi kek ini aku dapat dari kawan sekerja yang sudah berpindah ke Sipitang, Sabah..Tqvm ustazah Sharmilla..Jasamu takkan ku lupa..Anakku sangat suka kek jenis ni, hairan juga tidak pernah jemu2..Setiap kali orang minta tolong buat, diorngpun menyibuk minta buat..inda apa, yg penting mereka puas hati..

Minatku...



Salam perkenalan untuk semua...Saya merupakan seorang guru yang mempunyai 3 orang anak lelaki. Saya amat meminati bidang kek ini sejak belajar lagi, namun minatku terkubur disebabkan kesibukan sebagai seorang pelajar pada masa itu..Saya hanya berpeluang memasak kek, apabila pulang bercuti di rumah.. huhuhu..Hanya apabila selepas bekerja dan mempunyai anak barulah, ada peluang meluaskan sedikit pengetahuan dalam bidang ini..Sekarang masih ingin belajar banyak perkara lagi dalam bidang ini..